Sayang....
Itulah ungkapan dan perasaan aku pada saat ini. Sayang kepada orang-orang di sekelilingku. Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku perasaan ini. Betapa dalam hidup ini, aku perlukan mereka!!!

Sambil menanda paper, aku sempat menonton drama Cantiknya Buruk, melalui youtube. Indahnya jalan cerita ini, kisah hidup masyarakat kampung, jalinan kasih sayang antara adik-beradik, keikhlasan dan pengorbanan dalam melangsungkan kehidupan....semuanya dekat dengan aku, menjadikan cerita ini seolah-olah sebahagian daripada hidup aku.
Kemiskinan bukan halangan untuk kita menjadi orang yang baik dan mensyukuri nikmat Allah. Watak Biah...cukup mengkagumkan. Kekayaan dan harta benda juga bukanlah halangan kasih sayang sesama manusia! Di sebalik perasaan amarah dan curiga Salmah, terselit kasih sayang yang tidak berbelah bagi terhadap saudara kandungnya. Itulah kasih sayang!
Memiliki suami yang sangat penyayang dan memahami adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada Biah. Indahnya anugerah ini, sehingga kemiskinan bukan lagi penghalang untuk mereka hidup bahagia. Sesuatu yang baik itu, memang disayangi oleh semua namun kita harus redha kerana Allah lebih menyayanginya....

Meskipun Cantiknya Buruk hanyalah sekadar lakonan tetapi mesej yang disampaikan dekat dengan kita. Kita jangan lupa...hidup ini hanya lakonan, dunia ini pentas dan kita adalah pelakonnya. Satu perkara yang aku tidak penah dan tidak akan lupa..keluarga adalah segala-galanya!!! Betapa dalam hidup ini, kita memerlukan mereka lebih dari segalanya...