Bulan lepas dah beli Jus Mate5, 3 kotak harganya RM450. Orang kata produk ni memang menjadi dan terbukti. Baru dua paket makan, balik kampung...memang x boleh sabar dan tahan lapar. Kat kampung makanan macam2 tak boleh tahan beb!! Waima nasi ngan budu pun rasa sedap. Bila dah balik ke KL semula ni, nak mula diet semula pun dah rasa liat. Ape taknyer, terperuk jer kat rumah..so buat apa lagi, makan la jawabnyer. Ada jugak niat nak sambung makan jusmate5 tu, tapi masalahnya nafsu terhadap nasi ni masih tak boleh nak kontrol! Eeee, tak ada iltizam betul ler aku ni....
Hari ni pergi majlis kahwin Ira, cikgu satu sekolah. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru Ira. Sama cantik sama padan... Aku pergi dgn kwn2ku Norlita dan Ain Chanteq. Tergugat giler aku lihat Norlita. Hasil drp jusmate5, dia dah kurus! Lawa berkebaya merah, katanya sekarang susah dpt kuar, maklumlah suami makin sayang! Aku jadi sakit hati, sebab Ita ngan Ain dah kurus. Before aku yang kecik sikit dari diorang but today aku lak yang terbesar dan tertembam sekali! hu hu hu....
Lantaran, aku akan mula berdiet...aku janji...janji..janji...start from tomorrow no more nasi! Good bye nasi...sedihnyer.... hu hu hu. Semangat semakin berkobar-kobar ni, tengok semua kawan2 kat majlis tu dah kurus, termasuklah yang dah kurus makin kurus! Hai....kurus...kurus...
Sekali lagi, Selamat Pengantin Baru Ira. Suka sangat dengan souvenir sempena majlis kahwin Ira ni....
0 comments:
Post a Comment