Rindunya..dah lama tak update blog kesayanganku ini. Maklumlah sibuk.....he he he...sibuk masak-memasak...ternak-menternak...bertani.....Facebook punya hal ler ni!!! Dan aku juga baru sahaja menjalankan misi Jejak Kasih.
Dua orang sahabat ini memang sudah lama tidak aku jumpa. Zalina dan Nazlina... Sehinggalah Facebook menemukan kami. Lalu waktu ditetapkan untuk kami berjumpa. Memang aku tidak sabar untuk menunggu waktu itu. Tidak sabar untuk bertemu semula dengan dua orang sahabat sejak kami berusia 13 tahun. Melangkah ke SMK Kamil pada tahun 1989, kami berada dalam satu kelas ...Satu Khas... Setelah tamat STPM, masing-masing menjejakkan kaki ke IPT, dan hubungan kami terpisah, sehinggalah kami bertemu semula pada 11 Disember 2009 lepas.
Zalina... ku jumpa dahulu. Berjanji untuk berjumpa di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta...masjid dalam taman yang tersergam indah. Cehhhh...macam pasangan kekasih pula!!! Sememangnya masjid itu banyak memberikan kenangan kepada aku dan suami.... Saat yang ditunggu tiba, debaran kian terasa....ha ha ha.....maklumlah sudah 15 tahun tidak berjumpa. Akhirnya Zalina sampai setelah hampir 10 minit aku menunggu....hehehe..Na tidak banyak berubah, masih seperti dulu....manja dan menggoda!!!!!!!! Zalina juga seorang pendidik seperti aku dan mengajar di sebuah sekolah menengah di ibu kota ini. Satu kapal, tetapi tidak pernah terserempak!
Setelah menghilangkan kerinduan dan masing2 bertanya khabar...kami memulakan perjalanan untuk menjejak Kapten Nazlina di MINDEF. Temujanji sudah diatur!!! Harapnya rancangan kami ini tidak tergendala. Masuk sahaja ke perkarangan pejabatnya, Kapten ini sudahpun menunggu!!! Segak beruniform tentera....akhirnya tercapai hasrat mu untuk menjadi tentera. Tahniah!!! Ada sedikit kelainan kepada sahabatku ini. Badannya kurus sedikit berbanding dia yang aku kenal dahulu, tetapi sikap dan telatahnya masih seperti dahulu. Cuma sifat keibuannya terserlah, mungkin kerana dia kini sudah bergelar ibu kepada dua orang puteri.

Keluar makan tengah hari di Restoran Ulik Mayang Taman Melati, berjalan-jalan di Wangsa Walk dan minum petang di Secret Recipe. Asyik bersembang dan bercerita, kami lupa bahawa Kapten ini perlu ke pejabat semula! Akhirnya jam 4 petang, kami bertolak semula ke MINDEF. Ha ha ha..rupa-rupanya banyak fail yang perlu disemak dan ditandatangani oleh Puan Kapten ini. Maka aku dan Zalina meminta diri untuk pulang. Insya-Allah kami akan berjumpa lagi. Semoga ikatan persahabatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

0 comments:
Post a Comment