Wednesday, December 2, 2009

KL..aku pulang!

Allahuakbar Allahuakhbar Allahuakbar

Betapa besarnya kuasa Allah dan indahnya laungan takbir, tasbih dan tahmid di pagi raya. Syahdu sekali. Kami sekeluarga melangkah ke madrasah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Dulu madrasah ini daripada kayu, kini sudah bertukar kepada madrasah batu! Khutbah raya yang disampaikan pada pagi raya itu begitu menusuk kalbu. Tentang perjuangan dan pengorbanan. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Dan yang penting, pengorbanan haruslah mengikut syariat dan tuntutan agama. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail bukan calang-calang pengorbanan! Demi menurut perintah Allah, baginda sanggup melakukannya! Dan Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang...lalu digantikannnya dengan seekor Qibas.

Aku terpegun dengan kepetahan dan ketegasan suara anak muda yang menyampaikan khutbah raya itu. Lalu aku tanyakan kepada ibuku. Rupa-rupanya suara itu milik anak Pakcik Yaakob. Sewaktu aku tinggalkan kampung halaman untuk melanjutkan pengajian di IPT di Kota Metropolitan ini, dia masih kecil. Syukur Alhamdulillah, telah lahir lebih ramai anak muda yang berkaliber di kampungku. Maklumlah, di kampung pun macam-macam masalah sosial timbul. Anak-anak muda semakin hanyut, aku bimbang....Bimbang sangat-sangat. Tambahan pula aku mempunyai dua adik lelaki yang masih remaja.

Raya keempat, kami merancang untuk pulang ke semula ke KL. Aku ada appointment dengan dentist pada hari Selasa, 1 Disember. Suami pula sudah mula bekerja pada 2 Disember. Berat hati untuk meninggalkan keluarga, tetapi demi tugas dan tanggungjawab kami terpaksa korbankan. Sebelum bertolak, aku singgah sebentar untuk menjenguk nenekku yang semakin uzur. Sayu dan pilu hati kecil ini melihat keadaannya. Sejak Atuk meninggal dunia tahun lepas, nenek mula jatuh sakit. Mungkin kerana kepergian insan yang menjadi tonggak kekuatannya selama ini telah menjadikannya kurang semangat dalam meneruskan kehidupan. Terima kasih kepada Mak Usu kerana menjaga nenek dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.

Sebaik meninggalkan kampung menuju ke Kuala Krai jalan mula jam! hu hu hu..nampaknya pergi dan balik, kami terpaksa mengharungi kesesakan.... Sekali lagi ditegaskan di sini, kepada pemimpin dan pentadbir negara Malaysia...kami mahukan highway!!!!

Jam 6 ptg, kami singgah di Bentong untuk solat jamak qasar. Masjid kecil sahaja, tapi rasanya sudah sesuai dengan kapasiti penduduk di situ. Apa yang sangat dikesalkan ialah sikap orang ramai yang singgah di situ. Tidak salah singgah di masjid untuk berehat sebentar dan membersihkan anak kecil, tetapi yang amat dikesalkan ada kaum ibu ini yang membuang pampers anak yang mengandungi najis di merata-rata tempat. Tempat mengambil wuduk dijadikan tempat untuk mencuci buntut anak-anak. Bukankah tandas disediakan, jadi bersihkanlah di situ dan buangkanlah pampers tadi di tempat yang disediakan. Sama-samalah kita menjaga kebersihan apatah lagi kita hanya bertandang sahaja di situ.

Jam 8.40 malam, singgah di Masjid Bentong untuk solat Isyak dan Maghrib. Perut pula berdendang lagi, sudah seharian perut tidak diisi. Sudah lah jalan sesak, sabor...sabor...
Setengah jam perjalanan, kami berhenti lagi untuk makan. Makanan not bad..kira sedap gak la apatah lagi perut sedang lapar. Sementara menunggu nasi goreng kerabu dan tomyam, kami makan roti telur...eeemmm sedap gak, setaraf ngan kedai mamak! Apabila nasi goreng sampai, suami aku mintak tisu. Alamak...tisu tandas yang diberikan! hu hu hu....tisu tu digunakan untuk lap buntut bukannya lap mulut. Makanan sedap tapi sediakan tisu tandas...hampeh tul ler. Habis jer nasi goreng kerabu ngan tomyam order lagi keropok lekor goreng. Yang bertambah haru-biru tu, tisu tandas digunakan sebagai alas untuk melapik keropok lekor dan dihidangkan kepada kami!

Sebaik sudah kenyang, kami meneruskan perjalan. Masuk h/way karak jam sudah 11 malam. dan kami selamat sampai di rumah lebih kurang jam 12 tengah malam.
KL aku pulang semula!

Walaupun kepenatan, sempat buka fb, jenguk2 cafe..hu hu hu ..makanan banyak yang basi. Cuci dapur dan sempat masak semula. Suami pun sempat gak berleter ngan sikap aku yang gilakan game fb. he he he....

0 comments:

Post a Comment