Monday, December 7, 2009

Tanah Runtuh di MRSM Bentong



Hari ini aku sempat ke MRSM Bentong kerana menemani sahabatku Pah ke rumahnya di kuarters guru MRSM Bentong. Malam tadi Pah dan suami bermalam di rumah aku kerana semua penghuni diarah supaya mengosongkan premis kediaman masing-masing kerana berlakunya tanah runtuh di tempat berkenaan. Aku sempat merakamkan keadaan tanah runtuh tersebut. Sekiranya keadaan didapati tidak selamat, maka terpaksalah guru-guru dan pelajar-pelajar tersebut dipindahkan ke kampus lain. Menurut Pah, penat berpindah tahun lalu pun tak hilang lagi, nak kena pindah lagi. Kesian.... dulu Pah mengajar di MRSM, PDRM di Kedah. Sabar aje lah Pah, ini pun dugaan namanya.

Memandangkan suami aku outstation selama beberapa hari, maka aku ajak Pah duduk sahaja kat rumah aku ni sementara dia nak balik ke kampung seminggu lagi. At least ada gak orang yang boleh temankan aku. Kesunyian aku pun sekurang-kurangnya terubat sedikit dengan adanya Maryam Zahra yang sudah pandai ketawa. Seronoknya....



0 comments:

Post a Comment