Sunday, June 28, 2015

Rinduku bertamu lagi...

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Rabb...setelah mengharungi pelbagai banyaknya cerita dan menempuh pelbagai suka dan duka, aku bertamu lagi di sini. 2011 ku tinggalkan blog medan hatiku untuk mengumpul sejuta kekuatan dan mencari makna hidup sebenar. Dalam tempoh ini juga aku kehilangan bonda tercinta setelah setahun kami ditinggalkan oleh adinda tersayang yang pergi mengadapMu ya Allah. Bondaku pergi jua bersama dua orang adik lelakiku yang telah pergi lebih dulu daripadanya. Semoga mereka semua tenang di sana. Ya Allah, Engkau sejahterakanlah mereka...kasihanilah bondaku sebagaimana dia mengasihi kami adik beradik sejak kami kecil lagi. Adikku pergi meninggalkan putera dan puteri yang masih tidak mengerti apa-apa. 4 September 2011....kau pergi menemuiNya tanpa sempat meninggalkan pesan untuk kami semua. Pemergianmu amat mengejutkan. Ku terima panggilan telefon pada jam 4 pagi, perkhabaran tentang kereta yang kau pandu terbabas dan melanggar penghadang jalan. Pada saat itu juga ku pergi untuk selama-lamanya. Meskipun pergimu tanpa pesan tetapi kau tetap hadir dalam mimpiku dengan memimpin tangan puterimu, mendukung puteramu yang langsung tidak mengerti ttg kehidupan ini dan kau serahkan padaku. Ya Allah..tersedar aku dari mimpi dan lajunya air mata ini mengalir. Begitu kasihnya dirimu padaku wahai adikku....puteri yang hadir dalam rumahtanggamu setelah 7 tahun membina mahligai kau serahkan padaku. Walau hanya dlm mimpi tapi aku yakin itu semua petunjuk Allah. Sebaknya dada untuk kuteruskan hicara ini..aku berhenti dulu di sini, izinkan aku untuk terus mengumpul kekuatan menyusun bait-bait bicara seterusnya..........................

No comments:

Post a Comment